Aku akan ada meeting di Johor untuk dua hari ini, iaitu Selasa & Rabu.

Meeting hari ini adalah di Kota Iskandar, dan esok di Ulu Tiram.

Meeting hari ni bermula pada pukul 10 pagi. Jadi aku dan kawan sekerja bergerak dari Subang pada pukul 4 pagi.

Sengaja keluar awal. Risau sangkut kerana traffic jem. Lebih baik awal dari lewat. First impression dengan customer baru sangat penting.

Kalau ikut pada Google Maps, jangkamasa perjalanan adalah selama 3 jam & 30 minit. Bermakna kami akan sampai dalam pukul 8++ pagi.

Dah ready untuk keluar rumah
IMG_20180327_212215.jpg

Selalunya bila outstation, aku akan drive kereta sendiri. Tapi aku tak sempat nak tukar break pad weekend lepas. Dan aku tak berani nak ambil risiko. Jadi kali ni colleague aku drive kereta dia.

Langit masih gelap lagi
IMG_20180327_213422.jpg

Sempat juga lah kami singgah di drive thru McDonald untuk beli sarapan pagi. Bolehlah untuk alas perut. Cadangnya, nak makan pagi di Johor. Itupun kalau kami sampai cepat di site customer.

Colleague aku drive tak laju. Betul-betul ikut had kelajuan. Kalau signboard tulis 100kmj, dia akan ikut 100km sejam. Kalau 110kmj, dia akan ikut 110kmj.

Aku ok saja. Bagus juga. Sebab kami tak rushing. Masa pun banyak lagi. Kami berhenti sekejap di RnR Yong Peng untuk buang air kecil. Kat situ, aku beli air mineral. Tak cukup air teh yang aku beli di drive thru McDonald tadi.

Kami sampai di site pada pukul 9.15 pagi. Tapi masa tu, business partner aku belum sampai. Aku pun call & tanya lokasi mereka. Kalau ikutkan conversation whatsapp, mereka dah sampai pukul 9 pagi tadi.

Rupa-rupanya, aku tersalah building. Jenuh & berpeluh aku jalan kaki. Jarak antara building adalah dalam 500 meter.

IMG_20180327_213849.jpg

Sampai sahaja di building yang betul. Terus customer minta aku & colleague aku masuk ke dalam Datacenter. Customer akan buat meeting selepas site assessment dah dijalankan.

Site assessment taklah lama sangat. Dalam satu jam saja untuk collect info. Selesai collect info, discussion pendek dibuat didalam bilik Datacenter.

IMG_20180327_224057.jpg

Aku agak kagum dengan equipment di dalam Datacenter customer ni. Boleh dikira high-end & up-to-date.

Settle discussion, aku & business partner pergi ke Tea Garden di area Gelang Patah. Kedai ni ala-ala Oldtown Kopitiam atau Papa Rich. Kata business partner aku, signature mereka adalah egg tart.

IMG_20180327_111030.jpg

Betul kata dia, memang sedap. Aku lupa nak tengok harga sebijik egg tart tu berapa. Kalau tak jauh, mungkin nak singgah beli bila balik KL.

Aku bersama business partner
IMG_20180327_115024.jpg

Dah alang-alang di kedai tu, kami terus lunch di sana. Selesai lunch, aku & colleague menuju ke hotel.

Hotel yang kami pilih adalah Belllo Hotel yang terletak di JB Central. Kalau nak dibandingkan, aku boleh kata area JB Central adalah seperti Chow Kit

Jangan keliru Belllo Hotel dengan Bello Hotel. Belllo Hotel adalah 3 star hotel. Manakala Bello Hotel pula adalah 4 star hotel.

Aku pilih Belllo Hotel sebab lokasi yang strategic. Tak perlu risau pasal makan. Ada kedai mamak 24 jam. Sebelah hotel pula ada 7e.

Cuma parking saja agak susah. Hotel tak sediakan parking untuk customer. Ada parking lot berdekatan dgn kadar RM1 sejam, maximum RM12 sehari.

PhotoGrid_1522161393053.jpg

Dah masuk hotel, dah sah-sah kami terlelap. Letih sebab dah bangun awal pagi. Kami tertidur sampai ke petang.

Bila bangun, dan rasa lapar, kami cuma makan maggi cup untuk alas perut. Sebelah malamnya, kami ke Senibong Seafood. Senang nak cari lokasi Senibong Seafood. Mesti jumpa bila search di Google Maps atau Waze.

IMG_20180328_080829.jpg
PhotoGrid_1522195911494.jpg

Ada berbagai jenis makanan laut yang boleh dipilih. Rambang mata nak memilih. Taknak susah, kami pilih sotong, udang & ketam.

Jenis masakan, kami decide untuk:

  • Sotong masak telur masin
  • Udang goreng butter
  • Ketam masak cili
PhotoGrid_1522196662086.jpg

Total yang dibelanjakan untuk makan malam adalah RM133 termasuk dengan air minuman. Harga yang sangat OK bagi aku.

Settle makan, perut dah kenyang, kami balik ke hotel.

Sampai di hotel, aku tengok ada pakcik buat urutan guasa, betul-betul sebelah entrance hotel aku. Apa lagi, aku pun try. Sakit rupanyer urut guasa ni

PhotoGrid_1522197445826.jpg

Habis urut, apa lagi, tidur lah.


@rosmadirazali